Adik jangan bimbang, saya tak berminat...

Iklan

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi menegaskan beliau tidak berminat untuk bertanding dalam PRK Dun Rantau atau mana-mana kerusi.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian bagi menjawab desakan Pengasas Muafakat Anak Muda Port Dickson (PD), Megat Muhamad Faris agar beliau tidak bertanding di kerusi tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut Rafizi, beliau telah menyatakan hasrat untuk tidak memegang sebarang jawatan awam sejak 2016 lagi.

"Memang hasrat saya untuk menghabiskan masa dua tahun ini untuk keluarga, serta berlaku adil kepada 80 kakitangan saya yang meletakkan jawatan dari kerjaya mereka untuk membantu PH mengalahkan BN.

Iklan

"Oleh itu, adik (Megat Muhamad Faris) jangan bimbang saya memang tidak berminat untuk bertanding di Rantau atau mana-mana kerusi. Kalau saya diberi hadiah RM50 juta pun, saya tidak berminat,” katanya di Facebook hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: NGO PD tolak Rafizi jadi calon]

Iklan

Sebelum ini, Megat Muhamad Faris dilaporkan berkata, adalah menjadi satu penghinaan terhadap anak jati Negeri Sembilan sekiranya calon luar dipilih bertanding untuk PRK Dun Rantau.

Ia berikutan terdapat desas desus Rafizi akan disenaraikan sebagai calon bagi menentang calon Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Rafizi berkata, beliau telah menyatakan sebelum ini bahawa Dr S Streram adalah calon terbaik PH.

"Beliau juga yang dinafikan hak untuk bertanding di situ. Malah, beliau juga yang berikhtiar mencabar kes ini di mahkamah sehingga satu PRK diarahkan.

"Saya nasihatkan adik tidak perlulah bimbang banyak sangat mengenai siapa yang akan bertanding di Rantau. Kerusi itu telah ditandingi oleh PKR sejak dari dahulu lagi dan insya-ALLAH pimpinan PKR akan membuat keputusan terbaik mengenai calon Rantau,” katanya.