Mangsa banjir di Kuala Selangor meningkat
Iklan
KUALA SELANGOR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuala Selangor mencatatkan peningkatan apabila seramai 873 orang mangsa daripada 282 keluarga terpaksa dipindahkan akibat bencana itu sehingga jam 2 petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang kini dihuni 604 orang daripada 167 buah keluarga berbanding 600 orang daripada jumlah keluarga sama semalam.