Latar belakang pendakwah disemak: Mujahid

Iklan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bercakap kepada pemberita ketika hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pendakwah tidak kira Islam atau bukan Islam akan diperiksa latar belakang mereka ketika berdakwah di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berpendapat ia perlu dilakukan kerana negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama seperti Malaysia agak ‘rapuh’.

Iklan
Iklan

Justeru, latar belakang mereka akan disemak terutama sekiranya ada laporan terhadap pendakwah terbabit.

"Kita sangat konsisten dengan sikap kita selama ini. Mana pendakwah tidak kira Islam ataupun tidak, kena periksa latar belakang mereka.

Iklan

"Ini kerana kemungkinan besar mereka ada bawa fahaman tertentu yang tidak sesuai dengan konteks Malaysia.

"Kedua kemungkinan juga berlaku kuliah atau ceramah mereka tidak menghargai sensitiviti kaum dan agama di negara ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Iklan

Tambah Mujahid, beliau juga bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata kementeriannya akan melakukan proses semakan dengan badan keagamaan dan memantau pendakwah yang datang ke Malaysia.

"Ia bukan sahaja soal agama tapi juga tentang keselamatan dalam negeri. Amat wajar sekali Menteri KDN memberi peringatan kepada pendakwah sama ada Islam dan bukan Islam.

"Saya bagi pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan JPM akan bantu khususnya untuk pendakwah Islam untuk kita tengok dulu latar belakang dia,” katanya.