Empat penumpang nyaris rentung bas terbakar

Iklan
Bas terbabit terbakar secara tiba-tiba ketika sedang bergerak.

GUA MUSANG - Pemandu bas bersama empat penumpang nyaris rentung apabila bas dinaiki mereka yang sedang bergerak terbakar dalam kejadian di Felda Chiku 01 di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang tadi, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

Iklan
Iklan

Salah seorang penumpang, Nor Akma Abdullah, 36, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Batu Mengkebang berkata, dia menaiki bas berkenaan untuk menghantar anak saudaranya ke Gua Musang.

Katanya, tiba di kawasan Felda Chiku 01, dia terhidu bau terbakar di bahagian belakang bas.

Iklan

"Lalu, dia memberhentikan kenderaan dan kami semua turun dari bas. Saya segera menghubungi talian 999 untuk mendapatkan bantuan bomba.

"Ia agak mencemaskan kerana saya tidak pernah berdepan dengan situasi ini. Alhamdulillah, semuanya selamat," katanya lagi.

Iklan