Mesyuarat PH Pahang minggu depan

Iklan
Wan Mohd Shaharir Wan Abdul Jalil

KUANTAN - Parti Bersatu Pahang sudah menghantar surat kepada parti DAP dan parti komponen dalam PH mengenai cadangan mengadakan mesyuarat sebagai persediaan menghadapi PRK Cameron Highland, hujung bulan ini.

Pengerusinya, Wan Mohd Shaharir Wan Abdul Jalil berkata, surat dihantar awal minggu lalu dan tarikh mesyuarat akan diketahui hujung minggu ini.

Iklan
Iklan

"Saya percaya respon daripada pucuk pimpinan PH Pahang akan diperoleh petang hari ini atau selewat-lewatnya hujung minggu ini.

"Jadi, kita perlu menunggu hasil Mesyuarat Majlis Presiden PH yang dijadualkan hari ini dan selepas mengetahui siapa calon (yang dipilih) mewakili PH di sana (Cameron Highlands), barulah kita (PH Pahang) boleh mengadakan mesyuarat.

Iklan

"Kalau semuanya selesai, minggu depan kita boleh mengadakan mesyuarat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 Disember lalu mengesahkan Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh tidak layak untuk bertanding sebagai calon BN untuk PRK Cameron Highlands.

Iklan

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, memutuskan perkara itu selepas mengkaji keseluruhan keputusan Mahkamah Pilihan Raya bertarikh 30 November 2018 dan Perakuan Hakim Pilihan Raya di bawah Seskyen 36(2)(a) dan Laporan Hakim Pilihan Raya di bawah Seksyen 37 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) bertarikh 13 Disember 2018.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya (Akta 5), Sivaraajh tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya dan tidak boleh dipilih dalam mana-mana pilihan raya.

Kerusi Parlimen itu dimenangi Sivarrajh yang memperoleh 10,307 undi, menewaskan Manogaran dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) (9,710 undi); Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).

Dalam pada itu,Wan Mohd Shaharir berkata, PH mempunyai peluang merampas kerusi yang dimenangi calon BN pada PRU14.

Menurutnya, ini kerana setiap calon ada peluang untuk menang, terutamanya selepas perubahan yang berlaku dalam landskap politik negara selepas 9 Mei lalu.

"Kita jangkakan, ada saingan sengit memandangkan mereka (BN) sudah pasti ingin mempertahankan kerusi berkenaan.

"Apa-apa pun kita tunggulah keputusan mesyuarat (Majlis Presiden PH) terlebih dahulu... dan mereka (BN) juga belum umumkan siapa calon yang akan bertanding di sana," katanya.