KUALA LUMPUR - Kerugian sebanyak RM410.6 juta membabitkan 8,489 kes direkodkan berlaku sepanjang tahun lepas hingga Ogos lepas akibat kegiatan jenayah scammer.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web Parlimen berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam tempoh itu 7,833 kes melibatkan pinjaman tidak wujud juga dilaporkan berlaku melibatkan kerugian berjumlah RM 71.7 juta.