Kerja dan rumah isu diharapkan golongan belia

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kerajaan negeri diminta menumpukan kepada isu pekerjaan dan ketidakmampuan pembelian rumah dalam kalangan belia pada Belanjawan Selangor 2020.

Pekerja swasta, Mimi Nur Syazwani Ahmad Daud, 26 berkata, golongan belia terpaksa mengubah kerjaya susulan sukar mendapatkan pekerjaan dalam bidang mereka.

Iklan
Iklan

"Saya lulusan geologi tetapi terpaksa bekerja dalam bidang teknologi maklumat kerana sukar mendapat pekerjaan.

"Bagi mengelak pengangguran saya terpaksa mencari peluang baharu namun saya tidak pernah berputus harap satu masa nanti untuk bekerja dalam bidang yang saya minati," katanya.

Iklan

Mimi Nur Syazwani berharap kerajaan negeri meneruskan usaha menyediakan rumah mampu milik bagi golongan belia.

"Saya masih menyewa pada kadar RM1,600 sebulan. Walaupun kadar itu melayakkan saya membeli rumah sendiri namun sukar mendapatkan rumah yang bertanah," katanya.

Iklan

Pekerja swasta, Mohd Ridz Efendy Iberahim, 25, turut meminta kerajaan negeri menyelesaikan isu pengangguran dalam kalangan siswazah.

Mohd Ridz Efendy Iberahim

"Saya mengambil bidang kewartawanan tetapi terpaksa bekerja dalam bidang lain kerana peluang kerja terhad.

"Sehingga kini saya belum mendapat kerja yang sesuai dan sering mengubah pekerjaan. Adalah lebih baik jika kerajaan negeri boleh membantu industri media," katanya.

Pemandu Grab, Muhammad Ikhwan Ideris, 33 berharap, golongan belia diberi bantuan pinjaman untuk memulakan perniagaan.

Muhammad Ikhwan Ideris

"Sukar mencari kerja dalam keadaan sekarang, Jika kerajaan jadi pemudah cara untuk pinjaman ia membolehkan kami berdikari tanpa mengharapkan makan gaji.

" Anak muda sekarang juga dilihat lebih gemar bekerja sendiri dengan kewujudan gig ekonomi. Mungkin boleh sedia latihan dan kemahiran untuk ke arah itu," katanya.