Mangsa banjir di Pulau Pinang berkurangan
Iklan
BUKIT MERTAJAM - Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin berkurangan apabila hanya 78 daripada 128 orang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara di daerah Seberang Perai Tengah.
Exco Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh berkata, sehingga jam 6 petang tadi, PPS Dewan Orang Ramai Taman Sukun, Bukit Minyak menempatkan paling ramai mangsa dengan 46 orang daripada 10 keluarga.