Kantoi curang, lelaki lindung teman wanita daripada dipukul

Iklan
Seorang wanita menendang suaminya kerana berang dengan tindakan suaminya melindungi teman wanitanya.

ANHUI - Tular rakaman video seorang lelaki mempertahankan teman wanitanya daripada diserang oleh isterinya di daerah Franchang, bandar Anhui, Timur China.

Video durasi dua minit itu memaparkan seorang lelaki dilihat menjadi pelindung dengan memeluk erat skandalnya terbaring di atas jalan raya selepas dipukul, ditendang oleh isterinya sambil disaksikan oleh orang awam.

Iklan
Iklan

Wanita itu bertindak sedemikian kerana berang dengan kelakuan suaminya yang menduakannya ditambah pula melindungi teman wanita daripada dipukul.

Wanita itu juga cuba membogelkan teman wanita suaminya dengan menarik baju yang dipakai sambil dibantu beberapa rakan.

Iklan

Bagaimanapun, lelaki itu bertindak melindungi teman wanitanya sebaik mungkin sebelum kepalanya dipukul isterinya dengan kasut.

Lelaki itu kemudiannya menjerit meminta pertolongan dan memanggil polis sebelum mereka beredar daripada cengkaman isterinya, laporan Daily Mail.

Iklan

Difahamkan di negara Republik itu, kes curang bukan satu jenayah yang boleh dihukum sebaliknya jika ada penangkapan hukuman adalah ringan hingga kes curang berleluasa.