BEKAS perenang kebangsaan, Datuk Robert Lim berharap buku hasil penulisannya bertajuk"Everything is a story”-The Memoirs of Dato’ Robert Lim” akan memberi inspirasi kepada atlet muda untuk melakar kegemilangan dalam sukan.
Lim, anak kelahiran Kedah berusia 70 tahun itu berkata buku tersebut hanya akan diedarkan kepada atlet muda dan sekolah terpilih bagi memberi motivasi kepada mereka untuk cemerlang dalam sukan dan menambah buku itu akan dicetak dalam dua versi – bahasa Inggeris dan Cina.