Johor penyumbang keempat terbesar ikan negara

Iklan
Salahuddin ketika melawat ruang pameran pada sambutan Hari Perikanan di Pusat Perdagangan Pontian. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR

PONTIAN - Johor berpotensi menjadi negeri keempat penyumbang terbesar kepada pengeluaran perikanan negara apabila menghasilkan kira-kira 65,000 tan metrik ikan setahun melibatkan hampir 10,000 nelayan dan 700 penternak akuakultur.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Pontian menyumbang 10,300 tan metrik ikan setahun dengan anggaran nilai sehingga RM90 juta kepada negeri ini dengan seramai 2,431 nelayan.