58 kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat
Iklan
Banjir kilat melanda Kampung Hashim Yahya selepas hujan lebat tadi.
GEORGETOWN - Sebanyak 58 kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira jam 5 petang tadi.
Kawasan seberang yang terlibat ialah Jalan Juru; Permatang Tinggi, Jalan Betik; Kampung Padang Lalang; Permatang Rawa, Jalan Tembikai dan Lorong Machang Bubok.
Iklan
Iklan
Paras air di kawasan tersebut dicatatkan antara 0.1 hingga 0.4 meter.
Sementara itu, di kawasan pulau iaitu di daerah Timur Laut pula, kawasan yang dinaiki air adalah Jalan P Ramlee, Jalan Van Pragh, Jalan Terengganu, Lorong Hijau, Kampung Dodol dan Lintang P Ramlee dengan kedalaman 0.1 hingga 0.2 meter.
Iklan
Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata, hujan lebat berkapasiti tinggi dengan bacaan 74.5 mm dalam tempoh sejam menyebabkan kawasan yang rendah dinaiki air.
Sebanyak 58 kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat pada jam 5 petang tadi.
Menurutnya, status hujan kumulatif di enam stesen mencatatkan lingkungan 26 hingga 89 mm sementara aras di empat sungai utama mencatatkan lingkungan 6.4 hingga 19.3 meter.
Iklan
"Aras laut ketika kejadian banjir kilat tadi mencatatkan 0.8 meter. Antara punca kejadian ialah hujan lebat berterusan mengakibatkan sistem perparitan tidak dapat menampung air dan kawasan rendah.
"Buat masa ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka," katanya ketika dihubungi tadi.
Tambahnya, selain banjir kilat, sebuah rumah di Kampung Permatang Sintok rosak teruk di bahagian bumbung kerana diterbangkan angin ketika hujan lebat tadi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>