KUALA LUMPUR - Isu kemanusiaan perlu difahami dan dihayati tanpa mengira sempadan sebagaimana yang dilakukan agensi bantuan kemanusiaan seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata GPM dan sebelum itu ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) telah banyak melaksanakan gerak kerja kemanusiaan, antaranya dalam isu Bosnia-Herzegovina, Vietnam, Rohingya dan kini berterusan dalam menyantuni isu Syria, Yaman, Uighur dan Kashmir.