FAMA komited jadikan Sabah hub pertanian
Iklan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
SEMPORNA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) komited untuk menjadikan kawasan selatan Sabah sebagai pusat pengeluaran kepada tiga jenis tanaman pertanian yang telah dikenalpasti.
Pengerusi FAMA Ishak Ismail berkata tiga jenis tanaman itu ialah kelapa, durian Musang King dan nanas MD2 yang berpotensi untuk diusahakan selain dilihat mampu menjadi tarikan pelancong ke daerah itu.
Iklan
Iklan
"Ketiga-tiga produk pertanian ini akan menjadi ‘signature product’ di daerah ini dan dengan sokongan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan selain agensi yang berkaitan, saya yakin ia bukan sahaja meningkatkan ekonomi penduduk tempatan tetapi juga sebagai produk pelancongan, katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan zakat FAMA bernilai RM157,000 kepada golongan asnaf di sini, hari ini.
Iklan
Ishak berkata FAMA juga menjadikan Pulau Pababag di sini sebagai pusat pembelian buah kelapa untuk dibawa ke Semenanjung dengan jumlah belian bernilai lebih RM 140,000 pada tahun lalu.
"FAMA memilih buah kelapa kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan dan pada masa berusaha untuk mengembangkan lagi industri pertanian hiliran di kawasan ini,” katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas"><meta itemprop="description" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUNPitas #pelukIslam"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-23T10:14:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P224S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xazyf52"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xazyf52"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xazyf52"></script>