Banjir Jelebu: Dua daripada lima PPS ditutup
Iklan
JELEBU - Dua daripada lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah ini ditutup pada jam 10.35 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jelebu dalam kenyataan di sini berkata, dua pusat berkenaan ialah Masjid Kampung Poum dan Dewan Orang Ramai Kampung Chennah yang sebelum ini menempatkan seramai 40 mangsa daripada sembilan keluarga.
Iklan
Iklan
"Ini berikutan paras air di kampung berkenaan semakin surut dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," kata kenyataan itu di sini hari ini.
Dengan penutupan itu, ia menjadikan jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS semakin berkurangan kepada 126 orang daripada 39 keluarga berbanding 166 orang pagi tadi.
Iklan
Tiga lagi PPS yang masih beroperasi sejak dibuka pada Jumaat dan semalam ialah Balai Raya Kampung Juntai yang menempatkan 31 orang, Balai Raya Simpang Durian (57) dan Masjid Kampung Jerang (38).
Antara kampung terjejas ialah Kampung Telekong, Kampung Chennah, Kampung Juntai, Kampung Simpang Durian, dan Kampung Jerang. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>