Tanah runtuh: Seorang lelaki dipercayai tertimbus

Iklan
Keadaan kawasan tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah.

BATU KURAU - Seorang lelaki berusia lingkungan 57 tahun dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tanah di Jalan Kampung Teras, Kampung Masjid, Ijok di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian tanah runtuh pada jam 6.33 petang.