'Saya cukup tersinggung' - Hishammuddin
Iklan
Paparan Facebook Hishammuddin
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini tampil sekali lagi menolak dakwaan beliau mengatur konspirasi bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong menidakkan beliau memiliki pengaruh seperti mana dakwaan pihak tertentu.
Iklan
Iklan
"Menghalang Anwar jadi Perdana Menteri ke-8 – siapa saya untuk tentukan Anwar jadi Perdana Menteri atau tidak? Saya bukan pemimpin kerajaan malah, jawatan tertinggi dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) pun tiada.
"Melakukan kempen untuk tubuhkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah – saya hendak tubuh kerajaan baharu buat apa? PRU-15 bukannya esok,” tulisnya di akaun Facebook rasmi beliau.
Iklan
Hishammuddin turut mempertikaikan sesetengah pihak seolah-olah tidak berpuas hati dengan menyatakan artikel dan tulisannya berbaur rasis.
"Artikel dan tulisan saya rasis – pelik saya, sejak bila mengajak rakyat Malaysia yang berbilang bangsa untuk bersatu padu, rasis.
Iklan
"Pemimpin Pakatan Harapan (PH) baca ke tak artikel saya sebenarnya?" katanya.
Hishamuddin turut menyentuh dakwaan sebuah portal bahawa beliau sedang mempengaruhi 30 Ahli Parlimen Pembangkang untuk menyertai PH dan seterusnya mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
"Hari ini, mereka kata saya pengaruhi 30 Ahli Parlimen (MP) pembangkang untuk masuk PH demi mempertahankan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri – pulak dah?
"Siapalah saya ni untuk pengaruh MP? Saya sebetulnya berasa cukup tersinggung, mereka wakil rakyat dan pemimpin, ini satu penghinaan terhadap kami semua!
"Lima dakwaan berbeza dalam seminggu. Senang cerita, 5 kali diorang (mereka) tukar tiang gol untuk serang saya. Kalau ya pun terdesak sebab dah hura-hara sangat masalah dalaman anda tu, takkan dengan saya yang tiada apa-apa jawatan pun rasa tergugat?” soalnya lagi.
Selain itu, Hishammuddin turut menempelak PH yang terlalu ghairah berpolitik sehingga dilihat mengabaikan masalah sebenar seperti keadaan ekonomi negara.
"Ekonomi merudum, rakyat sengsara. Sibuk sangat hendak berpolitik sampai lupa tanggungjawab,” tulisnya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.