Institusi diraja, sistem beraja relevan: Raja Perlis
Iklan
KUALA LUMPUR - Masih ada sebahagian daripada masyarakat yang menggunakan kemajuan teknologi untuk menyampaikan pandangan-pandangan yang tidak betul secara meluas tanpa memikirkan kesan dan akibat perbuatan itu.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, ia termasuk dalam soal yang menyentuh hal-hal negara terutama yang melibatkan institusi atau sistem beraja yang diamalkan negara.