Gaji pekerja bawahan di Malaysia terlalu rendah, kata Penasihat PM
Iklan
Dr Muhammed Abdul Khalid
SHAH ALAM - Ramai pekerja bawahan di negara ini dibayar gaji terlalu rendah berbanding yang diterima oleh golongan eksekutif tertinggi.
Memetik laporan Malaysiakini, Penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri Muhammed Abdul Khalid berkata, mereka sepatutnya dibayar gaji lebih tinggi kerana banyak menyumbang kepada ekonomi dengan membelanjakan wang berbanding golongan kaya.
Iklan
Iklan
"Data daripada kerajaan menunjukkan kita bayar pekerja (di negara ini) jauh lebih rendah berbanding negara lain.
"Kita hanya bayar segelintir pekerja dengan gaji yang baik terutamanya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengurusan tertinggi yang dapat gaji berlipat kali ganda berbanding pekerja,” katanya.
Iklan
Muhammed berkata demikian ketika berucap dalam satu forum berkaitan Belanjawan 2020 anjuran Kelab Undang-Undang dan Perakaunan Universiti Malaya (UM) malam tadi.
Berdasarkan statistik, kadar pampasan pekerja berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia pada 2018 adalah pada 35.7 peratus, Singapura (39.7 peratus) manakala di negaramaju pula antara 50 ke 60 peratus atau lebih tinggi.
Iklan
Ketika ditanya bagaimana masalah berkenaan dapat diperbetulkan, Muhammed berkata, kerajaan tidak mempunyai pengaruh besar ke atas sektor swasta.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan Muhammed berkata, pihak pemaju perumahan sepatutnya mengurangkan harga rumah mengikut kuasa pasaran bagi menangani masalah perumahan mewah yang tidak terjual.
"Kami adalah ekonomi pasaran, jadi membolehkan pasaran menyesuaikan [...] yang bermaksud satu-satunya perkara rasional untuk pemaju lakukan adalah untuk menurunkan harga mereka.
"Tidak perlu kerajaan campur tangan untuk menyelesaikan semua hartanah mewah ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>