Mangsa banjir tak sabar mahu pulang

Iklan
Siti Zulaikha ( kiri) bersama bayinya Mohd Rayyan di Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) di Sekolah Kebangsaan ( SK) Kampung Melayu Bukit Panjang, Pekan Nanas.

PONTIAN - Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) di Sekolah Kebangsaan ( SK) Kampung Melayu Bukit Panjang, Pekan Nanas di tidak sabar pulang ke rumah selepas dua hari berada di pusat pemindahan itu.

PPS SK Kampung Melayu Bukit Panjang dibuka petang Selasa lalu menempatkan 98 mangsa membabitkan 22 keluarga.

Iklan
Iklan

Mangsa yang juga seorang ibu muda Siti Zulaikha Afifah Saadon, 19, berpindah ke PPS bersama bayinya Mohd Rayyan Danish Mohd Zulfadli, 6 bulan.

Siti Zulaikha berkata, dia masih lagi terkejut kerana melihat air begitu cepat memasuki ruang rumahnya sehingga mencecah paras dua meter pada tengah hari Selasa lalu.

Keadaan salah sebuah rumah di Kampung Melayu Bukit Panjang yang masih digenangi air banjir.

Iklan

"Sudah seminggu hujan lebat. Memang saya tidak sedap hati memikirkan berlaku banjir kerana halaman rumah sudah dipenuhi air.

"Saya memang tidak sangka banjir kali ini teruk sehingga kami terpaksa berpindah ke PPS dua hari lepas," katanya ketika ditemui hari ini.

Iklan

Fatimah Salleh, 46, pula menyifatkan kejadian banjir kali ini paling teruk pernah berlaku di Kampung Melayu Bukit Panjang kerana kedudukannya agak rendah.

"Dua tahun lepas banjir tapi cuma setakat di laman rumah. Kali ini air naik hingga paras lutut memaksa penduduk berpindah.