Dua anak kambing mata satu sempat hidup 5 minit

Iklan
Dua anak kambing jantan bermata satu sempat hidup 5 minit sahaja.

RANTAU PANJANG -"Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku," kata Sahabudin Muhamad, 52, setelah dua anak kambing bermata satu miliknya hanya mampu hidup lima minit selepas dilahirkan di Kampung Tok Sangkut di sini Ahad lalu.

Sahabudin yang juga guru di Sekolah Menengah Ugama Arab Darul Saadah, Batu Karang Rantau Panjang berkata, anak kambing jantan istimewa miliknya itu dilahirkan tidak cukup bulan.

Iklan
Iklan

"Yang sudah tidak bernyawa pun heboh satu negara. Apatah lagi kalau kambing itu hidup, mungkin rumah saya akan dipenuhi orang ramai untuk melihat haiwan tersebut dengan lebih dekat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, kelahiran dua kambing mata satu itu disifatkan sebagai cukup luar biasa dan memperlihatkan kekuasaan ALLAH.

Iklan

Bagaimanapun dia berharap masyarakat dapat mengambil iktibar di sebalik kejadian itu dan meminta supaya tidak terus menularkan berita tersebut.

"Kambing jantan itu sempat hidup 5 minit sahaja, jadi tak payahlah nak heboh-heboh," katanya.

Iklan

Sahabudin berkata, kedua-dua kambing itu selamat dikebumikan pada sebelah petangnya.

Katanya, kejadian itu sempat dilihat oleh para pesakit yang datang berubat di rumahnya pada hari kejadian.

Berita kelahiran kambing bermata satu itu mulai tular di Facebook dan menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan orang ramai.