Jangan bawa budaya buruk BN

Iklan
nga

IPOH -"Jangan bawa budaya buruk BN.” Itu reaksi Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung kenyataan daripada Naib Pengerusi Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya ketua bahagian parti berkenaan diberikan kontrak atau projek.

Menurut Kor Ming, pihaknya nyata tidak bersetuju kerana perkara berkenaan kerana ia dilihat jelas bertentangan dengan budaya PH.

Iklan
Iklan

"Ini bukan budaya PH. Saya sokong Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mempertahankan budaya bersih dalam PH.

"Secara tidak langsung, perkara ini juga mampu mencemarkan imej PH selaku kerajaan memerintah. PH menang kerana rakyat mahu kerajaan yang telus, bersih, adil kepada semua. Oleh itu, rakyat perlu didahulukan pada ketika ini,” katanya.

Iklan

Kor Ming berkata demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kampung Baharu di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Beliau mengulas ucapan penggulungan Abdul Rashid di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Ke-2 pada 30 Disember lalu yang mahukan setiap ketua bahagian Bersatu diberikan kontrak serta projek dalam usaha memperoleh wang dan peluang bagi mempertahankan kemenangan PH pada PRU15.

Iklan

Menurutnya, PH juga akan terus melaksanakan tender secara terbuka kepada projek-projek kerajaan negeri selepas ini.

"Pihak yang berminat boleh berbuat demikian, tetapi tender itu bukan dihadiahkan menerusi rundingan terus kepada ketua-ketua (bahagian). Ini adalah budaya lama BN dan saya rasa rakyat mahu lihat perubahan,” katanya.

Sementara itu, Kor Ming yakin PH boleh memenangi PRK parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini biarpun umum mengetahui kerusi itu adalah kubu kuat BN.

"PH akan tetap berjuang habis-habisan untuk memenangi kerusi Parlimen berkenaan. Kita berharap pengundi di Cameron Highlands akan terus memberi sokongan padu kepada calon PH untuk memastikan kemenangan,” katanya.