Jangan terpedaya iklan produk makanan tambahan
Iklan
Mohd Wazir (kiri) menunjukkan antara produk meletakkan label tuntutan perubatan yang tidak dibenarkan.
BUKIT MERTAJAM - Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan dan tuntutan kesihatan yang terdapat pada produk makanan tambahan kononnya dapat menyembuh, mengurangkan dan menghindar daripada sebarang penyakit.
Bukan sahaja tiada kesahihan nyata mahupun bukti tuntutan malah perkara berkenaan juga bertentangan Seksyen 18 E (2) Peraturan-Peraturan Makanan 2017.
Iklan
Iklan
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Mohd Wazir Khalid berkata, pihaknya mendapati produk seperti itu masih banyak dijual di pasaran terutamanya di kios serta kedai yang menjual jamu dan makanan tambahan.
Menurutnya, terdapat juga produk makanan dijual seperti air penawar pondok dan air 30 juzuk yang kononnya mampu melancarkan perjalanan darah, anti-kanser serta mengurangkan risiko penyakit.
Iklan
"Penjualan produk yang mempunyai tuntutan kesihatan seperti ini adalah salah di sisi undang-undang. Kita giat menjalankan operasi memantau kedai-kedai yang menjual produk seperti ini dan terdapat tuntutan perubatan yang selalu digunakan pengeluar produk makanan kesihatan
"Antaranya mampu merawat penyakit darah tinggi, boleh menghindarkan penyakit kanser dan merawat resdung. Malah ada produk madu yang dijual dengan tertera ayat dapat menghilangkan segala penyakit kecuali mati,” katanya selepas membuat serbuan di sebuah kedai di Bandar Perda, di sini hari ini.
Iklan
Mohd Wazir berkata, 75 produk makanan tambahan kesihatan dirampas kerana didapati melakukan kesalahan meletakkan label tuntutan perubatan yang tidak dibenarkan dalam operasi yang disertai lapan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan itu.
"Kesemua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM2,931.30 dan kita turut mengeluarkan kompaun terhadap pemilik kedai berkenaan atas kesalahan menjual barangan dilarang,” katanya .
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang produk makanan tambahan yang mungkin boleh mengancam keselamatan mereka.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>