Suspek bunuh warga emas di PKNS Ampang dituduh esok
Iklan
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang disyaki terlibat kes bunuh wanita warga emas di pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Jalan Tasik Tambahan 2, Ampang, di sini pada 19 September lepas akan dituduh di Mahkamah Ampang esok.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, suspek yang berusia 27 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 302, Seksyen 376 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh, rogol dan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan.