KUALA LUMPUR - Tindakan mengenakan denda kepada peniaga kecil sekiranya terdapat pelanggan yang menghisap rokok di premis mereka adalah tidak wajar dan sememangnya membebankan, kata Presiden Dewan Perdagangan Asean, Datuk Moehamad Izat Emir.
Beliau berpendapat, meskipun kerajaan turut mengenakan hukuman kepada perokok, namun perkara itu tidak bermakna ia akan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan memandangkan peniaga juga tidak mampu untuk mengawal tindak-tanduk mereka.