Malaysia diancam pencemaran mikroplastik

Iklan
- Gambar hiasan

MERSING - Pencemaran mikroplastik dikesan menjadi ancaman kepada manusia yang memasuki sistem rantaian makanan melalui ikan termasuk di Malaysia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, hasil kajian awal menunjukkan sumber protein utama negara terjejas susulan pencemaran mikroplastik.

Iklan
Iklan

"Pada Oktober 2018 kajian saintis antarabangsa temui mikroplastik dalam najis manusia, jadi kita jalankan kajian awal.

Menurutnya, isu pencemaran mikroplastik ini akan menyebabkan manusia terus menerus memakan plastik daripada ikan jika tidak ditangani segera.

Iklan

"Jika tak diselesaikan, kita akan terus menerus makan plastik lebih banyak yang kita belum tahu kesannya. Jadi kita perlu hentikan penggunaan plastik.

"Isu ini bukan bermaksud kita sengaja makan tapi plastik itu memasuki sistem pemakanan di mana plastik yang dibuang di sungai akan masuk ke laut dan ikan kecil makan plastik ini.

Iklan

"Ikan besar makan pula ikan kecil dan kita makan ikan besar tersebut. Selama ini kita ingat plastik tidak mengancam kesihatan manusia tapi penemuan saintis itu buktikan kesan perbuatan manusia sendiri," katanya.

Katanya, kementerian akan mengumumkan keputusan kajian pencemaran mikroplastik di perairan Malaysia yang dijangka diperoleh awal tahun depan.

Difahamkan kajian awal yang bermula tahun lepas itu turut melibatkan kawasan laut dan sungai.