Anak lelaki raja dadah Mexico ditahan

Iklan
Kenderaan terbakar di bandar Culiacan, Mexico susulan pertempuran sengit kumpulan bersenjata dengan pasukan keselamatan yang membawa kepada penangkapan anak lelaki raja dadah Mexico, Joaquin 'El Chapo' Guzman semalam. - Foto AFP

CULIACAN - Pasukan keselamatan Mexico dilaporkan memberkas anak lelaki raja dadah, Joaqin 'El Chapo' Guzman susulan operasi yang mencetuskan pertempuran sengit di bandar Culiacan semalam, kata Menteri Keselamatan, Alfonso Durazo.

Ovidio Guzman merupakan salah seorang anak lelaki 'El Chapo' yang menguasai sebahagian kartel kendalian bapanya sehinggalah raja dadah itu diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) pada 2017.

Iklan
Iklan

'El Chapo', 62, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Julai lalu berikutan pelbagai kesalahan mengedar dadah di AS selama hampir tiga dekad.

Namun, kartel dadah miliknya di Sinaloa kekal sebagai salah satu kartel paling berkuasa di Mexico.

Iklan
Iklan

'El Chapo' juga dianggap taikun dadah paling berpengaruh sejak raja dadah Colombia, Pablo Escobar yang maut dalam pertempuran dengan pihak polis pada tahun 1993. - AFP