Pemindahan Gajah Liar

Iklan
Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, semalam berjaya memindahkan dua ekor gajah betina liar yang ditangkap pada 12 hb Oktober (Sabtu) lalu di Hutan Simpan Kluang, Kluang. Kedua-dua ekor gajah liar tersebut merupakan sebahagian daripada kumpulan gajah ID Tenggara yang menimbulkan konflik di daerah ini terutama kawasan Kampung Ilham, Kampung Sri Timur, Kampung Hj. Shaari, Taman Sri Impian, FELDA Kahang Timur, FELDA Kahang Barat, FELDA Ulu Dengar serta kawasan sekitar lokasi berkenaan. - Foto Bernama