Tanah runtuh belakang Apartment Dahlia
Iklan
RAWANG - Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan berlaku runtuhan tanah di belakang Apartment Dahlia, Jalan Desa Country Homes di sini malam tadi.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai memaklumkan kejadian pada jam 9.41 malam.