UM perjelas punca halang graduan perakaunan sertai konvokesyen
Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) bertindak menghalang seorang graduan daripada menyertai istiadat konvokesyen semalam selepas didapati menghasut graduan lain untuk turut serta mendesak Naib Canselor universiti itu meletakkan jawatan kerana kononnya bersikap perkauman.
UM, dalam kenyataannya di sini hari ini, memaklumkan siasatan awal mendapati, graduan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan itu telah menggunakan akaun Facebooknya untuk berbuat demikian dan hasil pemeriksaan yang dilakukan sebelum sidang ketujuh dilangsungkan telah menemukan sekeping plakad yang mengandungi kata-kata bersifat provokatif daripada pelajar itu.
Iklan
Iklan
"Bagi memastikan kelancaran dan ketenteraman istiadat yang dihadiri kira-kira 1,500 tetamu termasuk ibu bapa, ahli akademik dan graduan lain, graduan itu dibawa keluar dari Dewan Tunku Canselor dan tidak dibenar menyertai istiadat konvokesyen, semalam,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan UM sentiasa mendorong prinsip kebebasan bersuara, bagaimanapun, sebagai institusi pengajian tinggi yang memegang amanah besar untuk mendidik generasi masa depan, universiti berkenaan juga percaya kebebasan itu perlu dilengkapi tanggungjawab.
Iklan
UM juga bimbang tindakan yang berbentuk hasutan dengan memainkan agenda perkauman itu bukan hanya berkemungkinan boleh mengancam keselamatan Naib Canselor, tetapi turut menggugat ketenteraman dan kerukunan awam terutama di universiti itu.
Sebelum ini, Isnin lalu seorang graduan kejuruteraan awam mengejutkan tetamu yang hadir pada sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM kali ke-59 apabila bertindak mengeluar dan menayangkan plakad tertera perkataan, ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sebaik menerima skrol ijazah.
Iklan
Graduan terbabit melaungkan perkataan itu sambil menjerit ‘ini tanah Malaysia’ sehingga menimbulkan kecaman ramai yang kurang senang dengan tindakannya yang tidak menghormati majlis itu. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Biadab! Graduan protes di pentas konvo
Graduan biadab: UM buat laporan polis
Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya siasatan mendapati wujud unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur, eFishery, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, walaupun laporan awal menunjukkan tidak wujud unsur sedemikian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti keseluruhan proses pelaburan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788595/berita/nasional/efishery-kerajaan-tidak-bertolak-ansur-jika-wujud-unsur-penyelewengan-atau-rasuah-dalam-keputusan-pelaburan---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.