Lancar petisyen tuntut janji manifesto PRU14

Iklan
Petisyen dalam talian menyeru rakyat Malaysia menggesa kerajaan PH menunaikan manifesto PRU14.

SHAH ALAM - Gerakan Manifesto Nasional (GMN) melancarkan petisyen dalam talian yang meminta rakyat Malaysia menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan manifesto pilihan raya ke-14 (PRU14).

Petisyen itu dilancarkan hari ini menerusi tandatangan dalam talian change.org.

Iklan
Iklan

GMN mendakwa manifesto sepatutnya adalah satu aku janji kontrak dan bukan sekadar dokumen janji-janji kosong parti politik untuk menipu atau memperdaya rakyat seperti apa yang berlaku pada PRU14.

Sebagai langkah Pertama, GMN akan memfailkan satu saman terhadap kerajaan dan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Iklan

Ia bertujuan bagi menuntut perintah pengisytiharan bahawa manifesto adalah aku janji kontrak yang mengikat dan segala janji manifesto berkaitan PTPTN pada PRU14 wajib ditunaikan.

Ini kerana janji-janji manifesto PTPTN di dalam PRU14 telah memperdaya dan menipu ramai peminjam-peminjam PTPTN.

Iklan

Difahamkan, menerusi kenyataan GMN, jika petisyen ini mendapat tandatangan melebihi 100,000 orang, mereka akan membawa petisyen ini kepada ahli-ahli Parlimen agar satu draf cadangan undang-undang manifesto dibentangkan di Parlimen.