Dua lelaki ditahan miliki senjata

Iklan
Dua lelaki ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan memiliki senjata merbahaya.

KAPAR – Dua lelaki ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan memiliki senjata merbahaya, awal pagi, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisoner Mazelan Paijan berkata, suspek berusia 39 dan 44 tahun itu ditahan anggota ronda cegah jenayah Balai Sungai Kapar, kira-kira jam 12.15 pagi.

Iklan
Iklan

"Tiga anggota ronda cegah jenayah Balai Sungai Kapar telah menahan motosikal jenis Modenas Kriss yang dinaiki dua lelaki di Jalan Harapan 3A/KU7 namun mereka cuba meloloskan diri.

"Pasukan itu kemudiannya memintas dan menahan motosikal tersebut serta mengarahkan kedua-dua suspek berhenti, namun tiada sebarang kerjasama.

Iklan

"Sebaliknya kedua dua suspek telah mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak agresif menolak badan anggota polis menyebabkan berlaku pergelutan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap lelaki terbabit menemui sebilah parang pemotong daging yang diselitkan di bahagian pinggang dalam seluar.

Iklan

"Hasil semakan kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.