Tokoh terkemuka Perancis gesa tindakan diambil terhadap Islamofobia
Iklan
PARIS - Berpuluh-puluh ahli akademik, artis, pengarah filem, aktor dan wartawan semalam menggesa Presiden Perancis, Emmanuel Macron agar mengutuk tindakan seorang penggubal undang-undang pelampau kanan yang telah menyerang seorang wanita Islam secara lisan, lapor agensi berita Turki Anadolu.
Menurut surat terbuka yang disiarkan dalam akhbar harian Le Monde, 90 orang termasuk aktor Omar Sy dan wartawan Alain Gresh menggesa Macron agar mengutuk Julien Odoul yang mengarahkan seorang wanita Islam menanggalkan tudungnya pada satu mesyuarat majlis serantau baru-baru ini.