Ancaman pengganas: Rakyat mahu SOSMA dikekalkan

Iklan
Undian dijalankan Sinar Harian melibatkan 19,500 pelayar.

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia menuntut supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dikekalkan ketika negara menerima ancaman kumpulan pengganas global seperti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan militan Daesh.

Menerusi undian di portal Sinar Harian, seramai 19,500 pelayar Facebook telah membuat undian.

Iklan
Iklan

Daripada jumlah tersebut sebanyak 97 peratus mengundi supaya akta itu dikekalkan dan tiga peratus lagi meminta ia dihapuskan setakat jam 6 petang semalam.

Bagi pengguna Facebook, Shahrimin Harun berkata,"kami rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan keganasan menyokong akta-akta yang menjamin keselamatan dan keamanan."

Menurut Uda General pula berkata, mengapa perlu takut dengan SOSMA sekiranya tidak melakukan kesalahan atau jenayah.

Iklan

"Mereka yang buat salah sahaja minta untuk dihapuskan akta ini," katanya.

Mohd Fareez Rahim meminta supaya semua pihak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan anasir keganasan daripada luar tidak wajar masuk ke negara ini.

Iklan

"Anda lahir di Malaysia dan kamu adalah anak Malaysia. Mengapa nak jadi pengganas yang berpangkalan di luar negara?" soalnya.