Bekalan minyak di seluruh Sarawak cukup
Iklan
Gambar hiasan
KUCHING - Bekalan minyak petrol dan diesel di seluruh Sarawak khususnya di kawasan pendalaman mencukupi bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini.
Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak, Md Nawawi Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya telah menjalankan 392 pemeriksaan ke atas stesen-stesen minyak di seluruh Sarawak.
Iklan
Iklan
"Kita sangat berpuas hati, kapasiti minyak di negeri ini mencukupi untuk dibekalkan kepada pengguna selain mendapat kerjasama yang baik daripada pengusaha stesen minyak,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Kota Samarahan, di sini, hari ini.
Md Nawawi berkata, sebelum ini telah tular dilaman sosial bahawa bekalan minyak di kawasan Kapit telah terputus.
Iklan
"Difahamkan stesen yang terputus bekalan itu merupakan stesen minyak persendirian dan bukannya stesen minyak terkemuka negara.
"Bekalan itu terputus akibat masalah penghantaran dimana kos penghantaran bekalan minyak dari Tanjung Manis ke Kapit itu ditanggung sendiri oleh pengusaha. Bagaimanapun masalah tersebut telah selesai,” ujarnya.
Iklan
Md Nawawi menasihati penggusaha stesen minyak memastikan bekalan mencukupi kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka didakwa mengikut Akta Kawalan Bekalan 1991. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.