Lima lagi ditahan disyaki terbabit LTTE

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka dan seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ditahan disyaki terlibat dalam kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurut sumber, dua individu itu antara lima tangkapan terbaharu dibuat Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman.

Iklan
Iklan

Difahamkan, tangkapan dibuat di beberapa negeri termasuk Melaka dan Selangor hari ini.

Kelima-lima individu itu akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Iklan

Satu sidang media akan dibuat di Bukit Aman esok berhubung penangkapan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tangkapan membabitkan CEO dan seorang ahli PBT negeri.

Iklan

"Mereka telah dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut," katanya.