Dua pusat pemindahan banjir di Baling ditutup
Iklan
ALOR SETAR - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Baling yang menempatkan 152 orang mangsa banjir daripada 48 keluarga ditutup jam 2 petang tadi susulan keadaan banjir yang mulai surut.
Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah, Shamsul Izrin Isahak berkata, penutupan dua PPS itu diumumkan Pegawai Daerah Baling, merangkap Pengerusi Bencana daerah, Abdul Bari Abdullah sejurus mengadakan lawatan di PPS Kompleks Sukan Baling sebentar tadi.