14 penghuni tinggal sehelai sepinggang
Iklan
SARIKEI - Seramai 14 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Jalan Abdul Rahman di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, kebakaran itu disedari salah seorang penghuni apabila terlihat api dari bahagian dapur rumah berkenaan.