Belanjawan 2020: RM8 bilion bantu institusi, usahawan bumiputera
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan menambah peruntukan bagi membantu institusi dan usahawan Bumiputera menerusi Belanjawan 2020 selaras dengan tema belanjawan itu iaitu ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah peruntukan itu ditambah kepada RM8 bilion dalam Belanjawan 2020 berbanding RM7.6 bilion 2019.