Empat wanita, tiga kanak-kanak maut digilis bas di India

Iklan
Mangsa yang maut bercadang mengambil bahagian dalam upacara keagamaan di Sungai Ganges.- Foto AFP

LUCKNOW - Sekurang-kurang tujuh penganut Hindu maut dalam kejadian langgar lari membabitkan sebuah bas di utara India, kata polis hari ini.

Kejadian berlaku di Uttar Pradesh membabitkan empat wanita dan tiga kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Polis berkata, ketika kejadian kesemua mangsa sedang tidur di bahu jalan.

Kesemua mangsa sepatutnya meneruskan perjalanan pada sebelah siang untuk upacara keagamaan di Sungai Ganges.

Iklan

"Puluhan penganut Hindu termasuk mangsa tidur seketika di bahu jalan memandangkan hari masih gelap.

"Sekitar jam 4 pagi (waktu tempatan) sebuah bas melalui kawasan itu dan pemandu dikatakan tidak menyedari mangsa yang tidur di bahu jalan," kata Superintenden Polis, Santosh Kumar Singh kepada AFP.

Iklan

Usaha menjejak pemandu yang melarikan diri kini giat dijalankan. - AFP