Orang awam larikan diri susulan pertempuran Kurdish, Turki

Iklan
Orang awam melarikan diri susulan pengeboman Turki di bandar Ras al-Ain, Syria. - Foto AFP

TALL TAMR - Ribuan orang awam dilaporkan melarikan diri daripada serangan udara dan pengeboman susulan pertempuran antara militan Kurdish di Syria dan pasukan tentera Turki semalam.

Orang awam yang ketakutan meninggalkan rumah masing-masing sama ada menggunakan kenderaan atau berjalan kaki sambil membawa harta benda mereka.

Iklan
Iklan

"Kami menuju ke kawasan luar bandar kerana takut pengeboman berulang dan pertempuran kini semakin sengit," kata Rizan Mohammad, 33, yang meninggalkan bandar Qamishli bersama keluarganya.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan menganggarkan kira-kira 70,000 orang kehilangan tempat tinggal sejak Ankara melancarkan operasi.

Iklan

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) dan pegawai tentera Kurdish, pertempuran berlaku di beberapa lokasi namun kebanyakannya tertumpu di Tal Abyad, salah satu bandar utama di bawah kawalan Kurdish yang menjadi dambaan Ankara.

Pertempuran turut berlaku di sekitar Ras al-Ain, sebuah lagi bandar yang dilaporkan media Turki sebagai matlamat utama dalam serangan terbabit.

Iklan

Dalam pada itu, SOHR berkata, sekurang-kurangnya 29 pejuang dan 10 orang awam terbunuh sejak serangan bermula Rabu lalu. - AFP