Sisa kilang, ladang ternakan ayam punca sungai tercemar
Iklan
Sahruddin (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang penerima anugerah kecemerlangan PPNJ pada majlis berkenaan.
JOHOR BAHRU - Isu pencemaran sungai-sungai utama di negeri ini diakui berpunca daripada kegiatan pembuangan sisa kilang sawit dan bahan buangan dari ladang ternakan.
Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, keadaan itu dilihat berterusan kerana masih terdapat kilang yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Iklan
Iklan
"Keadaan sungai tercemar ini kebanyakannya berpunca daripada pembuangan sisa kilang sawit dan hasil ladang ternakan ayam.
"Di Johor ini banyak ladang ayam yang tidak diuruskan dengan betul dan kita sedang kesan cara operasi mereka,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) kali ke-41 di sebuah hotel di sini malam tadi.
Sahruddin berkata, usaha bagi mengesan kilang-kilang berkenaan sedang giat dijalankan selain tindakan penutupan serta-merta juga boleh dibuat.
Iklan
"Kita akan ambil tindakan sewajarnya, perkara itu harus diatasi. Sebab itu ingin saya ingatkan kepada PPNJ untuk sentiasa pastikan kilang-kilang mereka mematuhi SOP ditetapkan.
"Ini kerana kesalahan yang dibuat, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan penutupan dan itu semestinya akan memberi kerugian yang besar,” katanya.
Dalam masa sama, berucap mengenai program berkenaan, Sahruddin berkata, beliau berharap PPNJ dapat lebih proaktif dengan pelbagai pendekatan yang realistik terutama dalam aspek penjanaan ekonomi masyarakat setempat.
"Pendekatan turun padang bagi meninjau pelaksanaan program dan projek dari peringkat perancangan untuk memahami isu dan permasalahan dihadapi golongan peladang di peringkat akar umbi.
"Pendekatan lain yang boleh dilakukan pula adalah mengenalpasti sumber-sumber seperti modal, tanah dan tenaga dalam pertumbuhan ekonomi seterusnya,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>