Wanita maut jatuh kondominium

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut dipercayai terjatuh di sebuah kondominium di Jalan Puchong semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu pada jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian telah menjumpai satu beg yang ditinggalkan di kondominium itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati dokumen pengenalan diri mangsa yang berusia 45 tahun,” katanya.

Iklan

Zairulnizam berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada seorang lelaki pada jam 5.23 petang yang mengesahkan mangsa yang terjatuh itu adalah isterinya.

"Lelaki itu mendakwa isterinya mengalami tekanan jiwa sejak lapan tahun lalu dan mengambil ubat setiap hari serta menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM),” katanya.

Iklan

Beliau berkata, pihak forensik bersama pegawai penyiasat telah ke lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

[AKAN MENYUSUL]