PPZ-MAIWP terbitkan buku terjemahan Fiqhul Zakat

Iklan
Ahmad Shukri (tengah) menyerahkan cenderamata kepada Dr. Sheikh Yusof Al-Qaradhawi (duduk) sambil diperhatikan oleh Ahmad Husni ketika pertemuan di Doha semalam.

DOHA – Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menapak satu langkah ke hadapan dengan menerbitkan buku terjemahan Fiqhul Zakat karangan Profesor Dr. Sheikh Yusof Al-Qaradhawi dalam usaha menjayakan pengurusan zakat model Malaysia.

Ia merupakan usaha berterusan ke arah menjadikan PPZ-MAIWP sebagai satu institusi pengurusan zakat yang terulung dan mantap dari aspek perkhidmatan zakat secara praktikal seterusnya menggalakkan perkembangan ilmu zakat.

Iklan
Iklan

Satu pertemuan diadakan bersama Dr. Sheikh Yusof Al-Qaradhawi di sini semalam untuk memohon keizinan rasmi bagi menerbitkan terjemahan karya agung ulama terkemuka itu.

PPZ-MAIWP diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff dan beliau diiringi Pengurus Unit Syariah PPZ-MAIWP, Ahmad Husni Abd Rahman.

Iklan

Di dalam pertemuan itu, mereka sempat membincangkan hal-hal berkaitan zakat dan bertukar buah fikiran bagi memperkasakan pengurusan institusi zakat di Malaysia.

Dr. Sheikh Yusof Al-Qaradhawi menasihatkan umat Islam supaya sentiasa menambah baik taraf kehidupan dengan ilmu pengetahuan dan berusaha menegakkan syariat ALLAH SWT serta menghayati Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Iklan

Diharapkan dengan usaha penterjemahan yang dilakukan itu akan memberikan manfaat dan dapat menjadi panduan kepada para pencinta ilmu khususnya para pengamal zakat bagi menambah koleksi perbendaharaan ilmiah dalam mendalami ilmu zakat serta pengurusannya.