[VIDEO] Teliti dahulu manifesto sebelum berjanji: Dr Mahathir
Iklan
Dr Mahathir pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama ahli parlimen Pakatan Harapan dan Warisan hari ini. -Foto Bernama
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) diminta meneliti keseluruhan manifesto pilihan raya yang dijanjikan parti itu sebelum mengemukakan janji pilihan raya terhadap rakyat.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, janji-janji terkandung dalam manifesto pilihan raya ditawarkan PH telah buat secara teliti tidak pernah mengemukakan janji memansuhkan tol.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan janji itu telah diambil sebagai salah satu janji manifesto pilihan raya terdahulu yang menyebabkan ia menjadi modal kecaman parti pembangkang.
"Banyak lagi manifesto pilihan raya PH lain yang tidak diteliti secara menyeluruh (oleh wakil rakyat PH) dan kadangkala kita terlalu teruja berjanji sehingga akhirnya menjadi mangsa kecaman parti pembangkang.
Iklan
"Berdasarkan keseluruhan manifesto PH, kita sudah mencapai 60 peratus daripada apa yang dijanjikan sebelum ini.
"Walaupun begitu, ada pecahan yang tidak dicapai sepenuhnya dan ada yang sudah capai 100 peratus," katanya pada program Temu Rapat Bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Warisan Formula 2020: Selangkah ke hadapan bersama Pakatan-Warisan di The Saujana Hotel, di sini malam ini.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan PH masih dapat sokongan rakyat: Dr Mahathir
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Amanah Negara(Amanah), Mohamad Sabu.
Terdahulu, Dr Mahathir mengakui PH kini menjadi menjadi mangsa kepada manifesto mereka sendiri yang diumumkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Menurutnya, beliau berfikir PH akan kalah dalam PRU14 lantas mereka meletakkan janji yang susah untuk dilaksanakan dalam manifesto mereka bagi memerangkap kerajaan terdahulu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>