Seorang maut, dua parah insiden tembakan di rumah warga emas

Iklan
Sebahagian warga emas di arah keluar menyelamatkan diri dalam insiden tembakan itu. - Foto Twitter FOX 12

VANCOUVER - Seorang individu dilaporkan maut manakala beberapa yang lain cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah rumah warga emas di bandar Vancouver, Washington, Amerika Syarikat semalam.

Menurut polis, penyerang yang dipercayai melakukan jenayah itu secara sendirian bersembunyi di dalam sebuah bangunan apartmen di situ.

Iklan
Iklan

Polis mengepung Smith Tower pada Khamis selepas menerima laporan berlaku tembakan di lobi bangunan.

Dua mangsa tembakan yang cedera dilapor berada dalam keadaan kritikal dan dibawa ke Pusat Perubatan PeaceHealth Southwest. - Agensi

Iklan
Iklan
Seorang individu dilaporkan maut manakala beberapa yang lain cedera dalam insiden tembakan di sebuah rumah warga tua di bandar Vancouver, Washington, Amerika Syarikat semalam. - Foto Twitter Fox 12