Sesak nafas, trauma mesin basuh terbakar

Iklan
Mesin basuh tiba-tiba terbakar dalam kejadian di sebuah rumah tingkat tiga Wisma Bendahara, Jalan Engku Muda Mansor pagi tadi.

PEKAN - Seorang wanita dan cucunya nyaris maut apabila mesin basuh di rumah mereka tiba-tiba terbakar dalam kejadian di tingkat tiga Wisma Bendahara, Jalan Engku Muda Mansor di sini, kira kira jam 1.41 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya dengan kekuatan 14 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati berlaku kebakaran perkakas berdekatan bilik air rumah mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedua-dua mangsa, bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan keluar dari rumah.

"Tiada kemalangan jiwa berlaku namun mangsa, Zalina Safiai, 46, mengalami sesak nafas dan cucunya, Nur Iman Batrisha Abdullah, 10, alami trauma.

Iklan

Nur Iman Batrisha alami trauma dan dirawat di Hospital Pekan.

"Pihak bomba menghantar mereka ke Hospital Pekan untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.

Iklan

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut ke lokasi kejadian.

Sinar Harian difahamkan, Zalina telah dihantar ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan setelah alami sesak nafas yang teruk selepas mendapat rawatan di Hospital Pekan.