Akaun FB palsu: Kor Ming enggan komen lanjut

Iklan
Kor Ming (tengah) menyempurnakan penyerahan cek peruntukan khas Kementerian Pendidikan di SJKT Tanjung Rambutan pagi tadi.

IPOH - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming enggan mengulas lanjut berhubung laporan polis yang dibuat terhadap pemilik akaun Facebook, 'Nga Kor Ming Super Fans Club' yang didakwa menghasut masyarakat Cina membenci Sultan Selangor.

Beliau yang ditemui pemberita pada satu program pagi tadi hanya memaklumkan satu kenyataan media mengenai perkara itu akan dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Kanan beliau hari ini.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya pagi ini Setiausaha Sulit Kanan saya sudah mengeluarkan satu kenyataan media. Saya semak semua ada di situ. Gambar, bukti dan semuanya ada, hanya tunggu untuk emel...yang lain no komen," katanya.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Mansor mengesahkan menerima satu laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun 'Nga Kor Ming Super Fans Club' yang didakwa menghasut masyarakat Cina membenci Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Iklan

Difahamkan laporan polis itu dibuat di balai polis Seksyen 6 Shah Alam dan disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Kor Ming menyapa murid-murid SJKT Tanjung Rambutan sempena program penyerahan cek peruntukan khas Kementerian Pendidikan kepada sekolah itu pagi tadi.

Iklan

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan sebelum ini memaklumkan satu laporan bersama bukti akan diserahkan kepada polis selepas mendakwa wujud konspirasi politik jahat yang cuba mencemar nama baiknya dan DAP.

Ini berikutan dakwaan beliau, bahawa kenyataan yang dikongsi Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebook, Isnin lalu merupakan akaun palsu yang menyamar mewakili dirinya dan DAP.

Terdahulu, beliau ditemui pada program penyerahan cek peruntukan khas Kementerian Pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tanjung Rambutan hari ini.

Pada majlis sama Kor Ming menyerahkan replika cek berjumlah RM150,000 kepada SJKT Tanjung Rambutan dan peruntukan lebih RM5.55 juta untuk bantuan kepada 134 sekolah Tamil seluruh Perak.