Kerajaan putuskan harga baharu minyak esok: PM
Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Program Back to School bagi Isi Rumah eKasih@Langkawi 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang hari ini. Foto: Bernama
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mempertimbangkan permintaan pengusaha stesen minyak sebelum memutuskan harga baharu petrol dan diesel selepas Mesyuarat Kabinet esok, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata, kerajaan PH sedia menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran dunia namun pada masa sama, perlu menimbang permintaan pengusaha stesen minyak.
"Kita akan mengadakan Mesyuarat Kabinet esok bagi menentukan harga minyak.
"Kita suka harga minyak turun, tetapi penjual minyak perlu membuat keuntungan kerana jika mereka tidak untung, kita tidak akan ada stesen minyak.
"Jadi kita harus pertimbang antara pembeli dan penjual sebelum buat keputusan,” katanya dipetik portal Berita Harian, hari ini.
Dr ditemui selepas Program Back To School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang, Langkawi, hari ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam mengumumkan harga runcit produk petroleum dikekalkan sebelum penetapan harga baharu akan dibuat sebelum akhir minggu pertama bulan ini.
Berikutan itu, harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan pada RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>