Pekerja pelantar minyak tak mengaku rogol gadis bawah umur

Iklan
Nik Saiful Rusmawie mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja pelantar minyak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan merogol seorang gadis berusia 16 tahun.

Tertuduh Nik Saiful Rusmawie Mohd Ruslan, 22, dari Chukai Kemaman bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Pasir Minal di sini antara jam 10 malam hingga 11.30 malam pada 15 September lalu.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di lokasi sama antara jam 1 pagi pada 19 September lalu.

Iklan

Dengan itu tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad di hadapan Hakim Azman Mustapha manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Iklan

Sejurus pengakuan tertuduh direkodkan mahkamah menetapkan 16 Oktober depan sebagai sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kemaman.

Selain itu mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selepas mempertimbangkan alasan pihak pendakwaan yang tidak menawarkan sebarang jaminan sebelum itu.

Dalam kejadian itu tertuduh dikatakan melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa dikenali bersama tiga lagi rakannya yang masih di bawah umur.

Sementara itu pada Ahad lalu di Mahkamah Majistret Kemaman ketiga-tiga rakannya yang masing-masing berusia 17 dan seorang berusia 15 tahun dibenarkan diikat jamin RM3,000 setiap seorang sementara menunggu sebutan semula kes.